
|
Hello! Wallo! Walking Talking Big Clap
| #106
Ramai orang tanya, kenapa kau selalu sangat senyum?
kau tak penat ke?
Menangis kau pernah?
satu je kata-kata yang mampu aku ucapkan
"Seorang Wanita Yang Tersenyum Pada Siang Hari Sebenarnya Menangis Pada Malam Hari"
kau faham kan?
kenapa aku selalu tersenyum dah tiada daya seperti orang lain?
kerana itu aku,
itu rasa aku,
itu kekuatan aku,
menangis air mata darah sekalipun,
aku tetap aku.
aku mahu terbang jauh,
andai boleh, mahu pergi jauh dari sini
andai boleh,
mahu hilangkan diri seketika.
jika hidup dengan andai,
segala-galanya pasti mudah.
kenapa kau mahu aku menangis?
kata kau
"kerana aku penat melihat kau bepura-pura"
aku ketawa mendengarnya.
tahukah kau?
20 tahun aku hidup dengan pura-pura,
sejuta tahun pun,
aku tetap begini
p/s : lengkapkan diri lebih baik daripada melengkapkan orang lain :)
PAST | PRESENT
|